Friday, July 5, 2013

Raja Merong Mahawangsa.

Oleh: MRY

Pendedahan Raja Nusantara Empayar Langkasuka Menipu ! Itulah tajuk artikel terbaru dalam blog Bradokapak. Seorang blogger muda yang begitu komited dengan agenda akhir zaman.

Artikel tersebut mendedahkan pengalaman beliau bersama seseorang yang mengaku Raja Nusantara Empayar Langkasuka ( RNL ) yang kononnya berketurunan Merong Mahawangsa dan bermacam-macam lagi dakwaan yang tidak pernah cuba untuk di buktikan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah melayari blog Bradokapak.

Apa-pun pendedahan tersebut tidak memeranjatkan saya. Dari awal saya sudah menjangkakannya bahawa suatu hari nanti pasti akan terbongkar jua pembohongan tersebut.

Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahadi adalah dua personaliti akhir zaman yang sering menjadi bual bicara umat. Kedua-dua tokoh ini hanya dapat di kenali melalui kaedah perjuangan mereka. Mereka adalah sosok pejuang yang tidak akan dapat di kalahkan oleh musuh. Mereka adalah merupakan jawapan dari Allah SWT kepada segala fitnah Dajjal Al-Masih.

Mereka tidak akan dapat di kenali secara zahir. Hanya mereka-mereka yang kasyaf dan di berikan petunjuk oleh Allah SWT sahaja yang akan dapat mengenali mereka. Mereka tidak akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya kepada umum.

Kepada umat, kenalilah mereka melalui kaedah perjuangan yang mereka bawa. Mereka sedang berada di kalangan anda. Mereka sedang berjuang untuk anda tanpa anda sedari. Mereka sedang melaksanakan kewajipan mereka tanpa di sedari oleh sesiapa. Bekerja dalam senyap. Bukan dengan mendabik dada dan mendakwa mereka adalah sipolan dan sipolan.

Saya menyedari pembohongan RNL kerana saya secara peribadi mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan keluarga besar keturunan Raja Merong Mahawangsa. Dan saya juga secara peribadi mengenali YM Al-Marhum TNL Kassim dan YM TNL Muhammad Zaki. Dan saya secara mutlak berdasarkan ilmu, kefahaman dan keyakinan saya memperakui bahawa merekalah sebenarnya pewaris mutlak Empayar Islam Benua Siam Kedah yang jajahannya meliputi seluruh nusantara dan seluruh Asia Tenggara.




Keris Khalifah milik Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah dirampas oleh puak thai dan kemudianya diberikan sebagai hadiah kepada Kerajaan perancis oleh Rama IV.

Empayar yang seharusnya mereka warisi telah di jajah dengan rakus oleh penjajah kafir laknatullah dengan di bantu oleh sekutu-sekutu mereka yang gilakan kuasa dan harta. Mereka sanggup mengkhianati Khalifah mereka, agama mereka, bangsa mereka dan tanah air mereka hanya kerana ganjaran dunia yang tidak bererti sama sekali di sisi Allah SWT pemilik mutlak seluruh alam. Dunia mahu pun akhirat.

Demi menjunjung kesucian Al-Quran Al-Karim dan demi melaksanakan wasiat Nabi Muhamad Rasulullah SAW yang terkandung dalam Khutbah Wida' maka saya tampil ke hadapan untuk menyeru seluruh umat Islam di nusantara amnya dan di Malaysia khususnya untuk menunaikan segala kewajipan yang telah di wasiatkan kepada kita selaku umat Islam untuk mengembalikan apa yang seharusnya menjadi hak mereka demi kedaulatan Islam di atas muka bumi.

Atas dasar ini saya telah menjemput RNL untuk bertemu dengan saya dan bermuzakarah. Bagaimanapun jemputan tersebut tidak di sambut oleh beliau.

Sementara itu, YM TNL Muhammad Zaki telah pun di perakui dan di bai'at oleh seluruh keluarga Merong Mahawangsa sebagai pewaris yang sah dan mutlak kepada YM TNL Kassim. Berdasarkan kepada fakta ini maka seharusnya tidak ada pihak lain yang mendakwa mereka lebih berhak ke atas takhta Kedah selain baginda TNL Muhammad Zaki. Apatah lagi dengan mengatas namakan Islam sebagai landasannya.

Sesungguhnya apa yang kami perjuangkan tidak pernah lari dari landasan dan tuntutan Islam. Dan Islam jualah yang menjadi matlamat kami.

Menyedari hakikat bahawa kami berpijak di premis yang benar, pihak kami bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak sekali pun. Kami bersedia untuk bermuzakarah demi kepentingan aqidah, sejarah dunia dan kesejahteraan ummah sedunia.

Saya memahami dilema pihak-pihak yang berkuasa dalam masalah ini. Mereka sedaya-upaya ingin mendiamkan diri agar kebathilan yang mereka lindungi selama ini tidak terdedah. Mereka tidak ingin kehilangan apa yang selama ini telah mereka miliki dan nikmati.

Namun bagaimana pula dengan rakyat biasa yang selama ini melaung dan melalak kononnya mereka di zalimi, di khianati dan di bohongi ? Kenapa tidak berbondong-bondong datang kepada kami untuk mengetahui perkara yang sebenar ? Kenapa masih mahu terus di zalimi, di khianati dan di bohongi ? Di mana kewarasan dan kewajaran anda semua ?

Saya telah melakukan apa yang terdaya di pihak saya untuk menyampaikan kebenaran. Bagaimana pula anda ?



31 comments:

Anonymous said...

salam hamba yang bernama paduka iskandar agung dari kerajaan mustika

Lelucu said...

ada pulak tulis raja maha besar??? dah tersesat dah akidah penulis merasa bagus ni

sheikh z said...

assalam..

jika bodoh dok diam saja..kompom hg bukan org kedah..

Unknown said...

Bengong tahap penulis nie

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kamu memang penulis yang sesat.

Iwan raihan said...

ini semua ilusi syirik. Orang berilmu bukan macam ni cara nya. Tepuk dada tanya selera lah woi. Penulis ni bodoh gila.

Unknown said...

As-Salam! Dalam bahasa Siam "Maha" bermaksud "Pembesar" saudara, bukannya setara dengan Allah yang Mahakuasa. Gelaran ini adalah dalam bahasa Siam Asli yang digunakan oleh semua Raja Islam di Nusantara ini sejak beribu tahun dahulukala malah sebelum kedatangan Islam lagi. Wallahu aklam.

Unknown said...

Terima kasih krn maklumatnya yg lebih lengkap drpd yg sy ada.

Unknown said...

Terima kasih krn maklumatnya yg lebih lengkap drpd yg sy ada.

Unknown said...

Sungguh benar ke keris tu. Itu keris yang asli atau gambaran khayalan semata-mata sahaja. Bentuknya seperti keris taming sari melaka. Sekarang ada di Indonesia. Harap ada penjelasan. Terima kasih.

Unknown said...

Sungguh benar ke keris tu. Itu keris yang asli atau gambaran khayalan semata-mata sahaja. Bentuknya seperti keris taming sari melaka. Sekarang ada di Indonesia. Harap ada penjelasan. Terima kasih.

Three Red Brother said...

Jgnlah mendabik dada claim keturunan Moyanganda Merong Mahawangsa. Keturunan Moyanganda telah hancur musnah akibat perangai cucuanda2 sendiri.

-The Red Brothers-

Unknown said...

Yg komen pada 2016 ni kebanyakannya dah ketinggalan bot. Kisah sejarah realiti ni dah lama blog : sejarahnagarakedah.blogspot.com
Bongkar. Penulis nya Salah seorang waris merong Nai Mazlan,(anai-anai) dah lama meningal.budak2 yg komen ni semua bdk2 yg baru nk kenal Dunia.rasanya manuscript UUK wujud pun depa x tau

Max said...
This comment has been removed by the author.
Max said...

Cian dia. Ropa keris Taming Sari Majapahit pun dia tak kenai. Keris Taming Sari ada kat Perak, Sultan simpan. Yang kat Indonesia, tinggal kenangan.

pongkodan said...

Sgt sokong kenyataan tuan...

30pakida said...

Nama siam pertama kali terdengar bila ya?

30pakida said...

Sultan muzafar 1.. wafat.. abad12.. sg. Batu lembah bujang dipeecayai lbh awal sblm masihi.. berapa genarasi nk sampai ke sultan muzafar 1 ye.. sembng uuk boleh la.. uuk abad ke brape..

Unknown said...

rujuk laa pada 'org2 tua' yg masih hidup..bukan dengar dari mereka2 yg berkepentingan..bukan mencari yg salah,namun mencari yg benar..

Unknown said...

Sesiapa yg mengakui pewaris mutlak merong mahawangsa yg akan memerintah semula kerajaan kedah tua dan seluruh nusantara wajib lah mempersembahkan alat²,perhiasan,pakaian,senjata kerajaan kedah tua dan watikah yg di turunkan padanya sebagai satu²nya bukti kukuh sebagai pewaris mutlak..bkn sekadar cakap kosong ya..

Unknown said...

Jika ada group wasap mengenai smua perkara ini blh invite hamba skali ya..0143935730

Unknown said...

Keris kerajaan kedah tua masih ada dan akan nyata setelah tibanya masa nanti..itu lah salah satu dr pelbagai alat buktinya bg seseorg yg menjadi pewaris mutlak kerajaan kedah tua kelak

Unknown said...

Keris taming sari ada di jerai..manakala keris 7 petala langit,6 petala bumi dan 7 petala alam telah di cabut dr langkawi dan diserahkan pada pewaris mutlak dan dalam simpanan ghaib untuk tuggu tiba masanya

Unknown said...

7 petala bumi

LIDZA said...

ALAH APA NAK KECOH2. SUMA KITA NI MAKHLUK ALLAH JE. KAKI TETAP PIJAK BUMI, ATAS KEPALA LANGIT.
NAK TERGELAK AKU BACA KOMEN2 KORANG NI.

Panglima Berahsia said...

Assalamualaikum,masih mencari asal usul,maaf Nak tnya sapa kenai abg chot ,area bm atau sg dua ,berkenaan keturunan dgn kerajaan kedah tua.

Panglima Berahsia said...

Tuan ni siapa ya?

Jiran ko punya abang ipar said...

Pala butoh buat smart pa hang

Unknown said...

Jom lah kita berangan. Akhirnya? Tak kemana. Hanya dibuai angan-angan. "Negara Akhirat itu untuk mereka yg tidak berharap Ketinggian di atas Bumi ini, kesudahan yg baik Hanya untuk mereka yg Taqwa." Al Qashas:83.

Mohd safari said...

Menarik ni..pm 01131916512