Friday, July 5, 2013

Penyatuan Nasional.

Oleh; MRY

Itu ' Kalimat Keramat ' terkini. Riuh rendah seluruh negara mengazankannya. Bermacam-macam forum dan seminar di adakan untuk membahaskan kalimat suci ini. Bermacam-macam kaedah yang di cadangkan demi merealisasikan definasi kalimat tersebut.

Bagi pejuang bahasa mereka mengatakan bahawa bahasalah yang boleh di jadikan sebagai alat penyatuan dan bagi pejuang budaya pula mereka mengatakan budayalah yang boleh di jadikan alat penyatuan . Manakala bagi orang-orang politik pula mereka merasakan penyatuan UMNO dan PAS yang akan membawa kepada penyatuan nasional.

Persoalannya sekarang, sampai bilalah rakyat Malaysia akan terus di perbodoh-bodohkan dengan slogan-slogan dan konsep-konsep yang tidak masuk akal seperti ini ?

Habis masa, habis tenaga dan habis wang ringgit sekadar untuk membahaskan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ini. Sampai bilalah mereka akan sedar bahawa perkara-perkara seperti ini tidak masuk akal.

Kenapa saya kata ianya bodoh dan tidak berfaedah ?

Isunya sekarang, boleh ke kita bersatu dalam sistem yang kita amalkan hari ini ? Dalam sistem Demokrasi dan Kapitalis.

Itu gila namanya kalau kita memikirkan yang kita boleh bersatu dalam sistem demokrasi dan kapitalis.

Bukankah demokrasi mengamalkan falsafah ' pecah dan perintah ' ? Ada kerajaan dan ada pembangkang. Bolehkah bersatu kalau sistem yang di amalkan pun dah memecah-belahkan kita dari peringkat dasar lagi ?

Dan sistem kapitalis pula sememangnya mendidik kita untuk mementingkan diri sendiri dan keluarga kita sahaja. Mengajar kita untuk mengaut kekayaan sebanyak yang mungkin tanpa memperdulikan orang lain. Buatlah apa pun yang penting kita ada untung. Kalau tidak ada untung jangan buat.

Dalam sistem beginikah kita akan bersatu ?

Menurut saya, orang yang menganjurkan konsep tersebut adalah orang bodoh dan gila dan orang-orang yang mengikutinya juga adalah bodoh dan gila !

Hanya ada dua kaedah sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan nasional. Yang pertama Islam dan yang keduanya Kominis/sosialis. Tetapi bukan demokrasi kapitalis.

Beza antara Islam dan kominis ialah Islam di patuhi dengan kerelaan manakala Kominis di patuhi kerana paksaan. Islam bersatu atas dasar satu aqidah satu syariah dan satu akhlak yang bersandarkan kepada satu kitab iaitu Al-Quran dan mencontohi segala amalan yang di lakukan oleh Nabi Muhamad Rasulullah SAW sebagai pembawa risalah yang benar.

Manakala Kominis pula bersatu atas kepercayaan kepada ideologi. Ideologi kesama-rataan dalam masyarakat. Masyarakat di paksa bersatu untuk mendokong ideologi tersebut.

Sebagai contoh, kita lihat China pada hari ini. Bagaimana cepatnya mereka membangun. Dalam tempoh kurang dari 50 tahun mereka telah hampir menyamai Amerika yang memerlukan lebih 200 tahun untuk membangunkan negara mereka.

Ini dapat di capai kerana sistem yang mereka amalkan tidak mengamalkan dasar ' pecah dan perintah '. Ada penyatuan nasional. Masyarakat bergerak dan maju untuk mencapai matlamat nasional tanpa sebarang bantahan. Mereka juga tidak mengamalkan dasar bertukar-tukar kerajaan. Tidak ada pilihanraya umum. Tidak ada kempen. Seluruh tenaga, masa dan wang ringgit di gunakan untuk mencapai matlamat nasional.

Matlamat mereka konsisten. Polisi mereka konsisten. Ini yang memudahkan pembangunan mereka.

Tetapi kita, pilihanrayanya 5 tahun sekali. Kempennya tiap-tiap hari. Ingatkan bila dah selesai pilihanraya maka selesailah semua pertikaian. Rupanya tidak. Lepas pilihanraya keadaan makin huru-hara. Harga barang-barang makin naik. Dan mulalah buat kerja-kerja bodoh dan tidak berfaedah balik.

Dan yang paling menarik, bila tidak ada pihak yang mendapat majoriti 2/3 dalam PRU maka timbullah idea penyatuan nasional ini.

Kita di suruh bersatu dalam sistem yang sememangnya menghendaki kita berpecah-belah. Masuk akal ke ?

Berhentilah dari menjadi burung kakak tua. Janganlah bercakap ikut sedap mulut. Main cakap sahaja tanpa mengetahui apa yang kita cakap. Belajarlah berfikir. Gunakanlah segala kewarasan yang masih ada. Sampai bila kita hendak jadi bodoh dan di perbodoh-bodohkan oleh orang-orang bodoh yang merasakan dirinya pandai.

Kalau memang anda semua yakin ada ' Kuasa Rakyat '. Buktikanlah ! Bangunlah beramai-ramai ! Bukan tukar kerajaan tapi tukar sistem. Boleh ?



1 comment:

Unknown said...

tuan, mohon penjelasan, dalam arus keadaan malaysia pada hari ini, adakah usaha mana-mana pihak yang perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan sistem demokrasi itu sendiri? soalan kedua, memandangkan dalam kondisi realiti politik malaysia yang mengamalkan demokrasi, umat Islam ni boleh mungkin boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama. pertama, nasionalis yang majoriti menyokong umno. kedua, yang islamis menyokong pas. dan yang ketiga, yang tidak menyokong mana2. mengapa kita tidak berjalan dalam arus demokrasi dan apabila kita menguasainya maka kita ubah arus itu. sebagai contoh, kategori ke-2 (sokong pas) dan kategori ke-3 (neutral), kita satukan, angkat perjuangan pas, monopoli pentadbiran dan ubah. bukankah itu lebih menguntungkan? mohon ulasan.