Sunday, July 7, 2013

MELAYU ITU

Karya: Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.

Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya 
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

Friday, July 5, 2013

Penyatuan Nasional.

Oleh; MRY

Itu ' Kalimat Keramat ' terkini. Riuh rendah seluruh negara mengazankannya. Bermacam-macam forum dan seminar di adakan untuk membahaskan kalimat suci ini. Bermacam-macam kaedah yang di cadangkan demi merealisasikan definasi kalimat tersebut.

Bagi pejuang bahasa mereka mengatakan bahawa bahasalah yang boleh di jadikan sebagai alat penyatuan dan bagi pejuang budaya pula mereka mengatakan budayalah yang boleh di jadikan alat penyatuan . Manakala bagi orang-orang politik pula mereka merasakan penyatuan UMNO dan PAS yang akan membawa kepada penyatuan nasional.

Persoalannya sekarang, sampai bilalah rakyat Malaysia akan terus di perbodoh-bodohkan dengan slogan-slogan dan konsep-konsep yang tidak masuk akal seperti ini ?

Habis masa, habis tenaga dan habis wang ringgit sekadar untuk membahaskan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti ini. Sampai bilalah mereka akan sedar bahawa perkara-perkara seperti ini tidak masuk akal.

Kenapa saya kata ianya bodoh dan tidak berfaedah ?

Isunya sekarang, boleh ke kita bersatu dalam sistem yang kita amalkan hari ini ? Dalam sistem Demokrasi dan Kapitalis.

Itu gila namanya kalau kita memikirkan yang kita boleh bersatu dalam sistem demokrasi dan kapitalis.

Bukankah demokrasi mengamalkan falsafah ' pecah dan perintah ' ? Ada kerajaan dan ada pembangkang. Bolehkah bersatu kalau sistem yang di amalkan pun dah memecah-belahkan kita dari peringkat dasar lagi ?

Dan sistem kapitalis pula sememangnya mendidik kita untuk mementingkan diri sendiri dan keluarga kita sahaja. Mengajar kita untuk mengaut kekayaan sebanyak yang mungkin tanpa memperdulikan orang lain. Buatlah apa pun yang penting kita ada untung. Kalau tidak ada untung jangan buat.

Dalam sistem beginikah kita akan bersatu ?

Menurut saya, orang yang menganjurkan konsep tersebut adalah orang bodoh dan gila dan orang-orang yang mengikutinya juga adalah bodoh dan gila !

Hanya ada dua kaedah sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan nasional. Yang pertama Islam dan yang keduanya Kominis/sosialis. Tetapi bukan demokrasi kapitalis.

Beza antara Islam dan kominis ialah Islam di patuhi dengan kerelaan manakala Kominis di patuhi kerana paksaan. Islam bersatu atas dasar satu aqidah satu syariah dan satu akhlak yang bersandarkan kepada satu kitab iaitu Al-Quran dan mencontohi segala amalan yang di lakukan oleh Nabi Muhamad Rasulullah SAW sebagai pembawa risalah yang benar.

Manakala Kominis pula bersatu atas kepercayaan kepada ideologi. Ideologi kesama-rataan dalam masyarakat. Masyarakat di paksa bersatu untuk mendokong ideologi tersebut.

Sebagai contoh, kita lihat China pada hari ini. Bagaimana cepatnya mereka membangun. Dalam tempoh kurang dari 50 tahun mereka telah hampir menyamai Amerika yang memerlukan lebih 200 tahun untuk membangunkan negara mereka.

Ini dapat di capai kerana sistem yang mereka amalkan tidak mengamalkan dasar ' pecah dan perintah '. Ada penyatuan nasional. Masyarakat bergerak dan maju untuk mencapai matlamat nasional tanpa sebarang bantahan. Mereka juga tidak mengamalkan dasar bertukar-tukar kerajaan. Tidak ada pilihanraya umum. Tidak ada kempen. Seluruh tenaga, masa dan wang ringgit di gunakan untuk mencapai matlamat nasional.

Matlamat mereka konsisten. Polisi mereka konsisten. Ini yang memudahkan pembangunan mereka.

Tetapi kita, pilihanrayanya 5 tahun sekali. Kempennya tiap-tiap hari. Ingatkan bila dah selesai pilihanraya maka selesailah semua pertikaian. Rupanya tidak. Lepas pilihanraya keadaan makin huru-hara. Harga barang-barang makin naik. Dan mulalah buat kerja-kerja bodoh dan tidak berfaedah balik.

Dan yang paling menarik, bila tidak ada pihak yang mendapat majoriti 2/3 dalam PRU maka timbullah idea penyatuan nasional ini.

Kita di suruh bersatu dalam sistem yang sememangnya menghendaki kita berpecah-belah. Masuk akal ke ?

Berhentilah dari menjadi burung kakak tua. Janganlah bercakap ikut sedap mulut. Main cakap sahaja tanpa mengetahui apa yang kita cakap. Belajarlah berfikir. Gunakanlah segala kewarasan yang masih ada. Sampai bila kita hendak jadi bodoh dan di perbodoh-bodohkan oleh orang-orang bodoh yang merasakan dirinya pandai.

Kalau memang anda semua yakin ada ' Kuasa Rakyat '. Buktikanlah ! Bangunlah beramai-ramai ! Bukan tukar kerajaan tapi tukar sistem. Boleh ?



Raja Merong Mahawangsa.

Oleh: MRY

Pendedahan Raja Nusantara Empayar Langkasuka Menipu ! Itulah tajuk artikel terbaru dalam blog Bradokapak. Seorang blogger muda yang begitu komited dengan agenda akhir zaman.

Artikel tersebut mendedahkan pengalaman beliau bersama seseorang yang mengaku Raja Nusantara Empayar Langkasuka ( RNL ) yang kononnya berketurunan Merong Mahawangsa dan bermacam-macam lagi dakwaan yang tidak pernah cuba untuk di buktikan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya bolehlah melayari blog Bradokapak.

Apa-pun pendedahan tersebut tidak memeranjatkan saya. Dari awal saya sudah menjangkakannya bahawa suatu hari nanti pasti akan terbongkar jua pembohongan tersebut.

Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahadi adalah dua personaliti akhir zaman yang sering menjadi bual bicara umat. Kedua-dua tokoh ini hanya dapat di kenali melalui kaedah perjuangan mereka. Mereka adalah sosok pejuang yang tidak akan dapat di kalahkan oleh musuh. Mereka adalah merupakan jawapan dari Allah SWT kepada segala fitnah Dajjal Al-Masih.

Mereka tidak akan dapat di kenali secara zahir. Hanya mereka-mereka yang kasyaf dan di berikan petunjuk oleh Allah SWT sahaja yang akan dapat mengenali mereka. Mereka tidak akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya kepada umum.

Kepada umat, kenalilah mereka melalui kaedah perjuangan yang mereka bawa. Mereka sedang berada di kalangan anda. Mereka sedang berjuang untuk anda tanpa anda sedari. Mereka sedang melaksanakan kewajipan mereka tanpa di sedari oleh sesiapa. Bekerja dalam senyap. Bukan dengan mendabik dada dan mendakwa mereka adalah sipolan dan sipolan.

Saya menyedari pembohongan RNL kerana saya secara peribadi mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan keluarga besar keturunan Raja Merong Mahawangsa. Dan saya juga secara peribadi mengenali YM Al-Marhum TNL Kassim dan YM TNL Muhammad Zaki. Dan saya secara mutlak berdasarkan ilmu, kefahaman dan keyakinan saya memperakui bahawa merekalah sebenarnya pewaris mutlak Empayar Islam Benua Siam Kedah yang jajahannya meliputi seluruh nusantara dan seluruh Asia Tenggara.




Keris Khalifah milik Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah dirampas oleh puak thai dan kemudianya diberikan sebagai hadiah kepada Kerajaan perancis oleh Rama IV.

Empayar yang seharusnya mereka warisi telah di jajah dengan rakus oleh penjajah kafir laknatullah dengan di bantu oleh sekutu-sekutu mereka yang gilakan kuasa dan harta. Mereka sanggup mengkhianati Khalifah mereka, agama mereka, bangsa mereka dan tanah air mereka hanya kerana ganjaran dunia yang tidak bererti sama sekali di sisi Allah SWT pemilik mutlak seluruh alam. Dunia mahu pun akhirat.

Demi menjunjung kesucian Al-Quran Al-Karim dan demi melaksanakan wasiat Nabi Muhamad Rasulullah SAW yang terkandung dalam Khutbah Wida' maka saya tampil ke hadapan untuk menyeru seluruh umat Islam di nusantara amnya dan di Malaysia khususnya untuk menunaikan segala kewajipan yang telah di wasiatkan kepada kita selaku umat Islam untuk mengembalikan apa yang seharusnya menjadi hak mereka demi kedaulatan Islam di atas muka bumi.

Atas dasar ini saya telah menjemput RNL untuk bertemu dengan saya dan bermuzakarah. Bagaimanapun jemputan tersebut tidak di sambut oleh beliau.

Sementara itu, YM TNL Muhammad Zaki telah pun di perakui dan di bai'at oleh seluruh keluarga Merong Mahawangsa sebagai pewaris yang sah dan mutlak kepada YM TNL Kassim. Berdasarkan kepada fakta ini maka seharusnya tidak ada pihak lain yang mendakwa mereka lebih berhak ke atas takhta Kedah selain baginda TNL Muhammad Zaki. Apatah lagi dengan mengatas namakan Islam sebagai landasannya.

Sesungguhnya apa yang kami perjuangkan tidak pernah lari dari landasan dan tuntutan Islam. Dan Islam jualah yang menjadi matlamat kami.

Menyedari hakikat bahawa kami berpijak di premis yang benar, pihak kami bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak sekali pun. Kami bersedia untuk bermuzakarah demi kepentingan aqidah, sejarah dunia dan kesejahteraan ummah sedunia.

Saya memahami dilema pihak-pihak yang berkuasa dalam masalah ini. Mereka sedaya-upaya ingin mendiamkan diri agar kebathilan yang mereka lindungi selama ini tidak terdedah. Mereka tidak ingin kehilangan apa yang selama ini telah mereka miliki dan nikmati.

Namun bagaimana pula dengan rakyat biasa yang selama ini melaung dan melalak kononnya mereka di zalimi, di khianati dan di bohongi ? Kenapa tidak berbondong-bondong datang kepada kami untuk mengetahui perkara yang sebenar ? Kenapa masih mahu terus di zalimi, di khianati dan di bohongi ? Di mana kewarasan dan kewajaran anda semua ?

Saya telah melakukan apa yang terdaya di pihak saya untuk menyampaikan kebenaran. Bagaimana pula anda ?



Antara Hikayat, Riwayat Dan Ayat.

Oleh: MRY


Hikayat Merong Mahawangsa sebenarnya adalah merupakan sebuah riwayat perjuangan yang hebat yang penuh kegemilangan seorang Mujahid dan Khalifatullah di Timur. Kekhalifahan yang bergabung dengan pemerintahan para Syariff di Kota Mekah.

Sebuah riwayat yang bersambung terus kepada Nabi Allah Iskandar Zulkarnain dan bersambung kepada Nabi Allah Sulaiman dan seterusnya bersambung kepada Nabi Allah Daud. Tiga personaliti yang di wartakan kepada kita melalui Ayat-Ayat suci Al-Quran Al-Qarim, Melalui Jibrail dan Rasulullah SAW.




Mengkhianati riwayat tersebut dengan menjadikannya sebagai sebuah hikayat dongeng, mitos atau lagenda adalah merupakan satu pengkhianatan terhadap kebenaran. Penafian mutlak terhadap kesucian dan kemuliaan Ayat-Ayat Al-Quran. Satu pembohongan terhadap sejarah Islam dan ketamadhunan manusia.

Pesan Rasulullah SAW, " Barang siapa mengenal akan dirinya pasti mengenal dia akan Tuhannya."

Kenalilah diri kita sendiri. Siapa kita yang sebenarnya. Zahir dan Bathinnya. Ketahuilah asal usul kita. Asal usul yang zahir mahu pun yang bathin.

Jangan tertipu dengan fitnah para pendusta dan penderhaka yang memusuhi kebenaran dan kemuliaan Ayat-Ayat suci Allah SWT.

Yakinlah dengan janji Allah bahawa apabila muncul kebenaran maka akan sirnalah kebathilan.

Sebagaimana turun naiknya nafas ini yang senantiasa di dalam gengamanNya maka begitulah dengan perjalanan seisi alam ini. Di tangan Nya lah taqdir segala sesuatu itu.



Dari Pictorial Biography Tunku Abdul Rahman Putera



Cantik destar yang dipakai. Asalnya siapa yang punya?


Petikan dari Pictorial Biography Tunku Abdul Rahman Putera tentang Sultan Sir Abdul Hamid diwaktu sewaktu baginda hendak melawat Raja Pattani,

"The prospect of enlightened improvements in administration were tragically shattered when the young Sultan was paralysed by a stroke in 1895. The cause is not known. Less than a year before he had fully recovered, he sets off with a numerous retinue to visit the Raja Of Pattani. Pattani shared with Kedah an ancient history and culture, and it was the birthplace of his father 2nd wife .The journey much of it therough the virgin forest was made on elephants and baggage included crates of whisky, members of both Kedah and Siam (baca sebagai thai) were in the habit of consuming alchohol, whisky in particular, and in quantites which to others appeared to be excessive . Sultan Abdul Hamid follow this habit".

Kisah diatas adalah dari catatan anakanda Sultan Abdul Hamid sendiri iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (anak Che Manjalara), Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Kenapa rakyat dibohongi selama ini dengan mengatakan baginda seorang wali Allah?