Tuesday, August 6, 2013

KENYATAAN BIADAP DR P. SUNDRAMOORTY

Oleh : Mohd Ramalan Yunus

(Kenyataan ini bukan bertujuan untuk menyokong Raja Nusantara bersama Kumpulannya tetapi sebagai seorang Islam kami membantah respon sebegitu dari Prof Dr P. Sundramoorty).

Akhbar The Star terbitan hari ini, Selasa 6hb Ogos 2013 telah memberikan liputan di muka depan dan bersambung di muka 3 terhadap berita penahanan Raja Nusantara bersama Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara.

Akhbar tersebut juga telah mengambil kesempatan untuk menyiarkan reaksi dari seorang ahli akademik dalam bidang Kriminologi dari Universiti Sains Malaysia iaitu Professor Bersekutu Dr P. Sundramoorty.

Bukan main keras lagi kenyataan yang di berikan oleh Dr P. Sundramoorty dalam mengulas berita ini. Kenyataan yang saya anggap biadap, bodoh dan menjijikkan dari seorang ahli akademik. Kenyataan yang berniat jahat dan bersifat hasutan.

Dalam ulasannya, beliau mengesa agar kerajaan dan pihak berkuasa tidak memandang remeh kepada MANA-MANA KUMPULAN YANG MENDAKWA MEMPUNYAI HAK KE ATAS TAKHTA KESULTANAN DI NEGARA INI.

Ini kerana beliau menganggap kumpulan-kumpulan tersebut BERPOTENSI UNTUK MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA DAN MENGUGAT KEAMANAN NEGARA TANPA MEMPUNYAI ' STATUS-QUO ' YANG SAH.

Beliau juga turut mengesa agar kumpulan yang telah di tahan kerana ingin mengambil alih Istana Negara di klasifikasikan sebagai PENGANAS dan bukannya sebagai KUMPULAN AJARAN SESAT.
Beliau juga turut menekankan bahawa tindakan kumpulan tersebut perlu di lihat sebagai satu penderhakaan dan boleh di dakwa di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana telah melancarkan perang atau percubaan melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong.

Saya agak terperanjat dengan kenyataan dan ulasan yang telah di berikan oleh Dr P. Sundramoorty ini. Mudahnya seorang yang kononnya pakar dalam kriminologi membuat ulasan dan kesimpulan terhadap sesuatu isu tanpa perlu menyelidiki apa sebenarnya yang telah berlaku. Apatah lagi menyelidiki latar belakang yang membawa kepada tindakan tersebut.

Saya ingin bertanya di sini, beliau faham ke apa maksud pengganas dan apa pula maksud penderhakaan ?

Menurut pandangan saya, beliau ini adalah seorang ahli akademik janganlah bercakap asal bercakap sahaja macam professor kangkong. Buatlah ' homework ' terlebih dahulu. Janganlah bercakap sembarangan macam orang yang tidak bersekolah.

Sedarlah sikit. Awak tu cuma pakar kriminologi bukan pakar sejarah. Isu ini ada kaitan dengan sejarah. Luaskanlah sedikit skop pandangan. Bukan macam itu caranya hendak menangani isu seperti ini. Belajarlah dari insiden di Lahad Datu.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Professor Dr P. Sundramoorty, negara ini bukan sahaja ada perlembagaan dan undang-undang semata-mata tetapi negara ini juga ada sejarahnya. Ada warisannya. Ada adat dan budayanya. Bumi bertuah ini sudah pernah ada tamadhunnya yang gilang-gemilang jauh lebih dulu sebelum tertubuhnya Malaysia.
Saya ingin mengingatkan sekiranya ianya di luar kesedaran saudara bahawa negara Malaysia ini baru sahaja di tubuhkan pada tahun 1963. Sebelum namanya Malaysia ia di panggil Persekutuan Tanah Melayu. Dan sebelum namanya menjadi Persekutuan Tanah Melayu saudara rasa negara ini tidak mempunyai namakah ? Dan sebelum ini negara ini tidak mempunyai perlembagaannyakah ? Dan juga sebelum ini negara ini tidak mempunyai tuannyakah ?

Pernahkah saudara bertanya kenapa kita hanya baru mempunyai perlembagaan pada tahun 1957 ? Jawabnya sebab di tahun itulah negara ini mendapat kemerdekaannya. Merdeka dari siapa ? Merdeka dari penjajah British. British menjajah siapa ? Siapa yang di jajah ? Bagaimana British berjaya menjajah negara ini ?

Betul ke Melaka yang di jajah ? Kalau betul kenapa Malaya yang menuntut kemerdekaan ? Bila merdeka kenapa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ? Kalau sudi bertanya sebenarnya banyak persoalan yang perlu di jawab.

Mungkin saudara tidak pernah bertanya soalan-soalan tersebut sebab saudara merasakan bahawa negara ini baru muncul dari laut. Baru di temui menjelang tahun 1957. Sebelum itu negara ini tidak ada dalam peta dunia. Tidak pernah wujud tamadhun di negara ini. Sebab itu saudara tidak pernah merasakan betapa pentingnya sejarah. Semua perkara saudara lihat hanya selepas 1957.

Tetapi kami berbeza dari saudara. Kami mempunyai sejarah keturunan yang panjang. Sejarah nenek moyang kami. Sehingga ke hari ini kami masih dapat merasakan kegemilangan nenek moyang kami. Dan sehingga ke hari ini juga kami masih dapat merasakan penderitaan nenek moyang kami yang di jajah oleh penjajah-penjajah dari Barat.

Kami juga masih terasa sedih dan kecewa dengan pengkhianatan yang telah di lakukan oleh pembesar-pembesar negara ini yang telah bersubahat dengan musuh-musuh nenek moyang kami. Hanya kerana mengejar pangkat dan harta mereka sanggup mengkhianati agama, bangsa dan Raja mereka.

Dan yang lebih memilukan lagi adalah apabila sejarah gilang-gemilang nenek moyang kami cuba pula di hapuskan dari tanah air yang kami cintai ini. Bukankah mereka-mereka ini yang saudara patut panggil penganas, pengkhianat dan penderhaka ? Kalau saudara benar-benar jujur kepada diri saudara dan negara ini.
Untuk makluman saudara kenyataan dan ulasan saudara benar-benar menyinggung perasaan kami. Menyinggung maruah dan kehormatan kami. Bahkan ia juga menyinggung dan mencemar kehormatan dan kemuliaan nenek moyang kami. 


Mungkin maruah dan kehormatan tidak penting buat saudara tetapi ianya cukup penting buat kami. Ini kerana bukan maruah dan kehormatan saudara yang di cabul. Bukan saudara yang di khianati. Bukan hak saudara yang di rampas. Bukan nenek moyang saudara yang di buru, di seksa dan di bunuh. Itu yang perlu saudara ketahui.

Saranan saya kepada saudara, belajarlah terlebih dahulu mengenai sejarah sebenar negara ini bukannya sejarah yang di tulis oleh penjajah-penjajah dan pengkhianat-pengkhianat nenek moyang kami sebelum saudara membuat kenyataan-kenyataan atau ulasan-ulasan yang biadap, bodoh dan menjijikkan seperti ini.

Janganlah bercakap sembarangan mengenai keturunan dan pewaris Raja-raja Melayu di seluruh nusantara ini. Apatah lagi tanpa usul dan periksa, tanpa fakta dan bukti. Anda siapa untuk menafikan hak kami. Anda siapa untuk mengesahkan ' status-quo ' kami. Kami tahu status kami dan kami juga tahu hak kami. Kami tidak memerlukan ' approval ' saudara untuk mengesahkan hak kami.

Kami juga sedar peluang kami untuk mendapatkan kembali hak kami adalah tipis namun apa yang pasti janganlah memaksa kami untuk menghormati orang-orang yang telah mengkhianati nenek moyang kami dan merampas hak-hak kami. Segala dosa dan kesalahan mereka tidak akan pernah terhapus dengan segala darjat dan kebesaran yang di kalungkan kepada mereka. Di mata kami mereka-mereka ini tetap adalah manusia-manusia yang tidak bermaruah dan menjijikkan.

Kesabaran kami juga punya batasnya. Jangan sampai keceluparan saudara mengundang padah.



4 comments:

Unknown said...

salam.....

tahniah atas kejantanan anta...di mlaysia ni bkan stakat Dr. Paria ni sja msuh kita ...ada lgi bbpe kerat lgi Prfesor Tua yg x sdaq diri knonnya pndai sejarah..tp hprak jd pak turut pnjajah dlm mnulis sejarah.

Insylah ana dr Merong Mahawangsa Team ttp brsama anta n kaum kerabat..specis paria ni ni mgkn hanya pakar sejarah asal usul "Penoreh Getah" yg pertama di Tanah Melayu!

Takbir...Allahuakbar 3x!!!

taz77 said...

salam tuan,

apabila bangsa lain mempertahankan raja2 melayu islam ada pula segelintir org2 melayu yg marah marah2, kalau nk dicerita panjang x guna lah tuan, raja yg sedia ada pun hendak disanggah kemudian mendakwa pula golongan tertentu sebagai yg lebih berhak? apa org2 ni semua dh lupa ke qada n qadar? dah lupa ke hak menghormati raja2 yg sedia ada? fikir2lah sendiri

Unknown said...

Sy amat terkesima dgn segala pendedahan mklumat dr tuan...benarlah sejarah tanah ini telah dibeli..

Unknown said...

Sejarah kedah tua ini perlu dihayati..dah terdapat byk penemuan artifak sejarah yg perlu dikaji dan perlu dihebahkan pd rakyat..pembohongan yg terlalu dahsyat dlm sejarah tanah ini...sesungguhnya bangsa melayu asal adalah satu bangsa yg sgt hebat..Subhanallah..