Saturday, June 30, 2007

SEBAHAGIAN DARI PERISIAN ISLAM HADHARI

Uploaded by anaianai

KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90

Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8

Maksudnya :

“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,

“Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58

Maksudnya :

“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad

Maksudnya :

Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15

Maksudnya :

“ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70

maksud:

“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

Untuk konsep sepenuhnya sila layari disini,
http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/is_frameset?openframeset

2 comments:

angahthani said...

assalamualaikum....apa yg aku baca serba sedikit tentang islam hadari....td semuanyer benar tp aku kecewa ader kekurangan....iaitu fahaman kerajaan nyer....adakah masih berbajukan DEMOKRASI.....SEKIRANYA ITU....AKU YAKIN XKAN BERJAYA....JGN CAMPUR ADUKKAN HAK DAN BATIL.....NANTI JD LAIN....HRAP KELUARGA NAILONG...FIKIRKKAN.....pada pendapat aku...kerajaan yg HAK ni kerajaan TAUHID....ITULAH KERAJAAN YG DISANJUNG.....aku komen ni bukan aper...sekadar pendapat....kadang2 kita ni x nampak hal yg penting sebab ianya nampak seperti REMEH.....ikhlas dr ta'long......alhamdulillah....

angahthani said...

harap2 TUAN2 semua berjaya......ORG YG IKHLAS PASTI BERJAYA.....