Uploaded by anaianai
KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH
Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90
Maksudnya :
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.
Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8
Maksudnya :
“Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,
“Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”.
Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58
Maksudnya :
“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”.
Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad
Maksudnya :
“ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.
Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15
Maksudnya :
“ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.
RAKYAT BERJIWA MERDEKA
Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70
maksud:
“Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan”.
Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.
Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.
Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.
Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.
Untuk konsep sepenuhnya sila layari disini,
http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/is_frameset?openframeset
Historical reality is often too bitter to swallow or too hot to stand. History is a large mirror that reflects the facts of the past, and all that has been etched into the glass of history can never be erased. If you don't like a particular historical fact, you may try to cover it up or forget it, but you can never remove it. An historical fact can be interpreted in a variety of ways, but regardless of the interpretation, the fact will never change, The Jakarta Post, july 2005
Saturday, June 30, 2007
Friday, June 22, 2007
ARTIKEL MUKADIMAH : 50 Tahun Merdeka Tapi Buta Sejarah Bangsa
uploaded by anaianai
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim ibni Nai Long Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136 Masihi” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.
Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat TERBARU yang saya selidiki semenjak tahun 2005 banyak menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini terbukti ada kebenarannya. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Penyelidikkan yang dijalankan, nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kita semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai @ puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya. Serangan pertama mereka adalah dalam tahun 1758 keatas KerajaanIslam Toung Oo di burma berikutan kematian Boromokot,Sultan Muhiyuddin Mansur Syah yang bersemayam di Kota Palas Langkawi.
Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh majoriti rakyat Thailand hari ini.
Orang-orang Melayu di Utara Semenanjong hari inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.
Sila semak nama-nama tempat yang mempunyai makna dalam bahasa siam disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/penipuan-sejarah-nagara-kedah-bahagian_26.html
Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, warna kuning sebagai warna diraja, larangan memegang kepala, membasuh kaki sebelum tidor adalah adat siam. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”.(ms 34)
“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”,(ms 36).
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut, tetapi mereka beragama Islam. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser(Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.
Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah dan ayat suci Al Quran pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah (Makam ini diklasifikasikan sebagai makam purba). Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.
Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu).
Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma. Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Maharja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Perak pada ketika itu berada dibawah Nagara Kedah.
Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini,samada benar atau salah. Long Jaafar hanya disebut sebagai Enche Long Jaafar yang dikatakan menjumpai bijih timah di Perak bagi menutup sejarah bangsa Melayu oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan selepas merdeka dan juga hari ini.
Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka.Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik 1821’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,(Dasar Rathinayok dan Phibul Songgram), sehingga apabila selesai, dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767. Kejadian ini berulang lagi di Ligor apabila Thai mula menunjukkan kekuasaannya ke Selatan.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.
Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada agama Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan wilayah Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana TAR cucu raja Thai itu. Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka kita berhak untuk mendapatkan maklumat ini. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)